Tuesday, December 16, 2008

PROSEDUR PENDAFTAR PEMINDAHAN PEMILIKAN TANAH

(Pemindahan Kerana Penjualan atau Pemberian Percuma)

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan:
  1. Geran hak milik tanah (bebas daripada segala sekatan).
  2. Bukti pembayaran hasil tanah bagi tahun semasa – resit bayaran.
  3. Borang 14A – Kanun Tanah Negara.(dijual di kaunter pejabat tanah dengan harga RM2.00 satu set dan perlu diisi sendiri oleh pelupus atau penerima milik tanah)
  4. Kad-kad pengenalan pemilik-pemilik tanah.
  5. Kad-kad pengenalan penerima-penerima pindah milik tanah.

Prosedur:

(Peringatan: Hanya pen dakwat basah boleh digunakan semasa mengisi semua borang.)

  1. Attestation (menandatangan Borang 14A) mesti disempurnakan oleh kedua pihak di hadapan pengadil yang diwartakan – DO, ADO, Peguambela dan Peguamcara, hakim.
  2. Borang 14A yang telah disempurnakan mesti diserah kepada pihak Pendaftar Tanah tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh penyempurnaan Attestation.
  3. Setiap lot yang akan dipindah milik memerlukan satu Borang 14A jika tuan punya tanah yang asal merupakan orang yang berlainan.
  4. Perlu mendapat anggaran nilai tanah yang berubah milik semasa oleh pihak penilaian di Pejabat Tanah berkenaan (S.O.); jika jumlah melebihi RM200,000.00, perlu mendapat penilaian oleh Pejabat Penilian setempat.
  5. Pihak penerima pindah milik (lazimnya) akan menanggung segala kos yang berkaitan dengan pemindahan milik ini seperti berikut:-
    1% nilai tanah berkaitan semasa dalam bentuk setem hasil yang hanya boleh dibeli di Pejabat Pos. Setem-setem hasil ini perlu ditampal di ruang berkaitan di atas Borang 14A.
  6. Pihak penerima pindah milik (lazimnya) juga akan menanggung kos Bayaran Pendaftaran bagi setiap lot.(kadarnya ialah RM50.00 jika nilai tanah di bawah RM10000.00 dan RM120.00 jika nilai tanah di antara RM10000.00 dan RM50000.00)
  7. Geran hak milik perlu diserah kepada bahagian Pendaftaran Tanah bersama Borang 14A yang telah disempurna dan disetemkan berserta resit bayaran pendaftaran untuk urusan pendaftaran.
  8. Lazimnya proses pendaftaran oleh pihak Pendaftaran Tanah mengambil masa di antara 2 minggu hingga satu bulan.

1 comment:

  1. Salam, ibu dan arwah ayah saya telah bercerai sejak saya berumur 5 tahun dan berkahwin dengan ibu tiri saya, yang menjadi isu dalam keluarga kami sekarang adalah perebutan harta. siapa kah yang berhak untut menuntut dan bgaimanakah pembahagian itu akan berlangsung sekiranya tiada wasiat?

    ReplyDelete