Wednesday, December 17, 2008

PROSEDUR MENDAFTAR TUNTUTAN PESAKA KECIL

(Nilai Harta Peninggalan si mati Di Bawah RM1,000.000.00 )Sekiranya Nilai Harta Melebehi RM1,000.00.00 Tuntutan Pesaka Hendaklah Difailkan Di mahkamah Tinggi)

Penyediaan:-Dapatkan semua cabutan harta tak-alih seperti cabutan pemilikan tanah dan rumah, serta kenyataan harta mudah alih seperti pemilikan saham, penyatan bank-bank, perniagaan, kenderaan dan sebagainya.

Senaraikan semua ini di dalam borang tuntutan pesaka kecil, yang boleh diperolehi di pejabat-pejabat daerah.
Senaraikan juga anak-anak pesaka serta dapatkan salinan fotostat Mykad mereka di ruangan berkaitan di dalam borang yang sama.

Taraf anak pesaka:-
A) Isteri-isteri/suami, ibu dan ayah, anak-anak lelaki dan perempuan si mati, yang masih hidup. - Bahagian pesaka:

  1. Ibu dan ayah – berkongsi 1/6
  2. Isteri-isteri - berkongsi 1/8
  3. Setiap anak lelaki 2 bhg.
  4. Setiap anak perempuan 1 bhg.
B) Di mana si mati tidak mempunyai anak lelaki, anak-anak pesakanya ialah ibu dan ayah dan anak-anak perempuan serta saudara lelaki dan perempuan - Bahagian Pesaka:
  1. Ibu ayah dan isteri-isteri – spt di atas.
  2. Anak-anak perempuan berkongsi ½ dpd baki.
  3. Saudara-saudara lelaki dan perempuan berkongsi ½ daripada baki.
C) Dimana si mati tidak mempunyai anak pembahagian harta peninggalannya ialah:-
  1. Isteri-isteri berkongsi 1/8 daripada harta.
  2. Ibu bapa berkongsi 1/3 dari pada harta.
  3. Saudara-saudara lelaki dan perempuan berkongsi sama banyak bakinya.
Pembahagian di atas setelah ditolak segala hutang dan wasiat si mati, dan ini mengikut hukum fara’id. Sekiranya anak pesaka terutama anak lelaki redha harta boleh dibahagi sama banyak kecuali untuk isteri si mati. Mana-mana anak pesaka yang redha tidak menuntut pesaka boleh berbuat demikian dengan mengisi borang tertentu (sila klik di sini untuk memuat turun borang tersebut) dan mengakuinya di hadapan Pengadil dan dia tidak akan dipanggil menghadiri perbicaraan pesaka ini.

No comments:

Post a Comment